BFM 89.9
The Business Station
BFM 89.9
The Business Station
Ambil tindakan terhadap pengetua dan warden yang culas. – Syed Saddiq
"Dah viral, dah ada protes, baru ada keberanian untuk tukar pengetua, warden, polis penyiasat. Dah viral, baru nak buat post-mortem."
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq mempersoalkan kelewatan pihak berkuasa bertindak dalam kes kematian Zara Qairina, yang ditemui tidak sedarkan diri di SMKA Tun Datu Mustapha pada 16 Julai lalu. Zara, 13, disahkan meninggal dunia pada 17 Julai.
Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan bahawa pengetua, penolong kanan hal ehwal murid serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha akan dipindah sementara ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sehingga siasatan polis selesai.
Dalam pada itu, Jabatan Siasatan Jenayah mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan dalam kes Zara, di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk bedah siasat. Jabatan Peguam Negara (AGC) turut memutuskan supaya inkues dilakukan untuk menentukan punca kematian serta mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematian Zara.
Producer: Sara Kok, Erin Kok, Wong Yu Han, Shawn Tanis
Share: