BFM 89.9
The Business Station
BFM 89.9
The Business Station
Anak Tertinggal Dalam Kereta
?? Pada Januari 2024, seorang budak perempuan 5 tahun meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta kira-kira 4 jam di parkir sebuah hospital di Shah Alam.
Pada Oktober 2023, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan di Terengganu maut selepas tertinggal dalam kereta bapanya dari pagi hingga petang.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kini sedang membangunkan satu sistem bagi mengelakkan tragedi sebegini daripada berulang. Ia dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko kes Sindrom Lupa Anak yang kerap berlaku.
MIROS Children in Vehicle Tracking and Alerting System (MyCINTA) kini masih dalam fasa prototaip.
Share: