BFM 89.9
The Business Station
Copyright © 2025 BFM Media Sdn. Bhd. 200601017962. All rights reserved
Copyright © 2025 BFM Media Sdn. Bhd. 200601017962. All rights reserved
BFM 89.9
The Business Station
Copyright © 2025 BFM Media Sdn. Bhd. 200601017962. All rights reserved
Copyright © 2025 BFM Media Sdn. Bhd. 200601017962. All rights reserved
Kes Kampung Papan. Salah siapa?
Kes Kampung Papan. Salah siapa?
Recap Kes Kampung Papan:
• Penduduk Kampung Papan telah mendesak kerajaan Selangor memberi jaminan rasmi bahawa perobohan rumah akan berhenti sehingga tawaran perumahan hitam-putih diberikan.
• "EXCO kata hanya rumah kosong akan dirobohkan, tetapi rumah yang berpenghuni juga dirobohkan," kata Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Papan, Teoh Ah Guat. Perobohan rumah yang berpenghuni berlaku antara 10-14 November.
• Menurut Timbalan Presiden PSM, Kampung Papan sebenarnya dibuka oleh peneroka yang menetap sejak tahun 1939. Peneroka turut diberi Lesen Pendudukan Sementara oleh kerajaan pada tahun 1968-1989.
• Pada tahun 2004, kerajaan negeri Selangor memberi Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT), sebuah anak syarikat Bank Negara, hak milik tanah untuk menyediakan penempatan baru kepada peneroka.
• TPPT menjual sebahagian tanah itu kepada pemaju Melati Ehsan pada tahun 2007. Menurut satu memorandum, Melati Ehsan telah berjanji untuk membina rumah gantian untuk peneroka Kampung Papan.
• Pada tahun 2018, penduduk Kampung Papan ditawar rumah teres 20' x 70' dengan tawaran harga RM99,000 dan Rumah Selangorku jenis B keluasan 800sqft dengan harga yang sama.
• Namun, janji itu masih belum ditunaikan walaupun telah menunggu bertahun-tahun.
• Susulan sidang media yang diadakan oleh penduduk dan PSM pada 17 Nov, EXCO perumahan Borhan bin Aman Shah mengesahkan bahawa pemaju Melati Ehsan telah menyerahkan 7 ekar tanah kepada kerajaan negeri untuk membangunkan rumah untuk peneroka Kampung Papan. Permodalan Negeri Selangor Berhad dilantik untuk melaksanakan projek perumahan tersebut.
• Sekumpulan penduduk dan aktivis berhimpun di depan pejabat Melati Ehsan hari ini (21 Nov) bagi menuntut tawaran penempatan yang lebih adil susulan perobohan rumah mereka minggu lalu.
Listen to Beyond The Ballot Box's coverage of the Kampung Papan case on the BFM website. Search: Everything You Need to Know About the Kampung Papan Eviction and Demolition
Share: