BFM 89.9
The Business Station
Copyright © 2025 BFM Media Sdn. Bhd. 200601017962. All rights reserved
Copyright © 2025 BFM Media Sdn. Bhd. 200601017962. All rights reserved
BFM 89.9
The Business Station
Copyright © 2025 BFM Media Sdn. Bhd. 200601017962. All rights reserved
Copyright © 2025 BFM Media Sdn. Bhd. 200601017962. All rights reserved
"Melayu Boleh Terbang" | Dakwaan Prof Dr Solehah
Rumusan kontroversi pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Solehah Yaacob:
• Universiti Malaya kini sedang menyemak semula sebuah artikel oleh pensyarah Bahasa Arab Prof Dr Solehah yang diterbitkan dalam Jurnal Al-Tamaddun pada 2018. Ini susulan dakwaan bahawa Prof Dr Solehah telah menggunakan laman satira The Onion sebagai salah satu sumber rujukan.
• Terdahulu, Prof Dr Solehah dikritik selepas mengeluarkan beberapa dakwaan yang menimbulkan kontroversi. Antaranya, dakwaan bahawa orang Rom purba mempelajari teknik pembuatan kapal daripada pelaut Melayu. Selain itu dia juga pernah mendakwa sebelum ini, bahawa orang Melayu mampu terbang dan ada kaitan dengan 'kung fu terbang' di China.
• Susulan itu, UIAM telah menegaskan bahawa pandangan Prof Dr Solehah adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi universiti. Pihak universiti berkata, walaupun prinsip kebebasan akademik dijunjung, setiap pandangan harus berpaksikan ketepatan ilmiah agar tidak menimbulkan kekeliruan. UIAM kini menjalankan penelitian dalaman.
• Kenyataan kontroversi Prof Dr Solehah juga dikritik para cendekiawan. Menteri Pendidikan Tinggi Dr Zambry Abd Kadir turut mengingatkan bahawa pensyarah universiti tidak seharusnya mengulas secara terbuka isu di luar bidang kepakaran mereka.
• Walaubagaimanapun Prof Dr Solehah telah mempertahankan dakwaannya bahawa orang Rom belajar membuat kapal daripada orang Melayu. Katanya lagi, kenyataan tersebut adalah berdasarkan hipotesis melalui kajian mendalam sejak dia menamatkan PhD pada tahun 2005.
Share: